Berita

Zaliha dilantik Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Wilayah Persekutuan

- Diterbit 19 April 2024 11:53 AM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mutaffa menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Wilayah Persekutuan (MTPWP) yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Azman Ibrahim di pejabatnya pada Selasa.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memantau, menyelaras dan mengenal pasti strategi, isu dan lain-lain berkaitan pelaksanaan projek pembangunan Wilayah Persekutuan. Turut serta sebagai ahli mesyuarat adalah Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Timbalan Ketua Pengarah (PP) JWP, barisan pengurusan tertinggi agensi  termasuklah Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan pengarah-pengarah bahagian dan agensi di bawah JWP. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas