Tanah runtuh

Berita

Tragedi tanah runtuh, bah besar dan banjir kilat menimpa negara pada 2022

TRAGEDI tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang mengorbankan 31 nyawa termasuk kanak-kanak pada 16 Dis lepas sangat meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia. Lebih menyayat hati apabila mayat dipercayai seorang ibu dan anaknya ditemukan dalam keadaan berpelukan manakala mayat seorang lelaki dewasa berpelukan dengan seekor anjing yang telah mati di kawasan

Berita

Tanah runtuh: Anak sempat minta jaga diri sebelum pergi – Bapa

SEORANG bapa tidak menyangka tingkah laku anak tunggalnya yang bersunguh-sungguh berpesan supaya beliau menjaga diri sebelum pergi berkhemah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, dekat sini, pada 13 Dis lalu, merupakan detik terakhir mereka bersama. Bagi peniaga ubat ,Tong Chee Kong, 44, sehingga saat ini masih tergiang-ngiang kata-kata

Berita

Identiti 30 mangsa tragedi tanah runtuh dikenal pasti

IDENTITI kesemua 30 mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali, pada 16 Dis lepas telah dikenal pasti. Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kombinasi empat kaedah digunakan bagi mengenal pasti mangsa iaitu padanan asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, gigi dan pengecaman oleh waris termasuk pada barangan peribadi serta

Berita

Tanah runtuh: Satu lagi mayat mangsa tanah runtuh ditemukan pada hari keenam operasi SAR

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat Batang Kali yang memasuki hari keenam hari ini, menemukan satu mayat lelaki dewasa pada 11.16 pagi tadi di sektor B (Kem Farmview). Penemuan mayat lelaki berkenaan menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini adalah 26

Berita

Hujan lebat: Jalan di Paitan alami tanah runtuh

JALAN utama di Paitan, Beluran mengalami tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan malam tadi menyebabkan bangunan Jabatan Air Paitan tergelongsor. Ketika mengesahkan kejadian itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Rastam Keladi berkata Jalan Nangoh Paitan Kanibungan terputus dan tidak boleh dilalui melibatkan 80 meter anggaran jarak yang rosak akibat tanah

Utama

4 pekerja terperangkap, kondominium dalam pembinaan runtuh

KUALA LUMPUR – Sebahagian struktur kondominium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini runtuh kira-kira pukul 3.30 petang tadi. Kejadian itu mengakibatkan empat pekerja terperangkap namun seorang daripadanya berjaya dikeluarkan semasa operasi menyelamat dilakukan. Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam