Berita

WAN CHIK DAUD Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Pelbagai Penyakit

WAN Chil Daud meninggal dunia kerana komplikasi pelbagai penyakit.
- Diterbit 26 September 2020 7:28 AM MYT

SENIWATI popular pada era 40-an, Wan Chik Daud disahkan meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Seniman, Allahyarham Wan Chik Daud yang juga isteri kepada arwah M.Rajoli telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10 pagi pada usia 80 tahun. 

Jenazah arwah kini berada di rumahnya di AU 3 Lembah Keramat, dan akan dikebumikan di tanah Perkuburan yang akan dimaklumkan.

Sebelum ini, Wan Chik terkenal menerusi filem Do Re Mi sebagai Milah serta filem Nasib Do Re Mi sebagai Jururawat kedua-dua filem tersebut adalah pada tahun 1966.

Arwah juga adalah Ratu Kebaya di Pulau Pinang dan berkerja sebagai penyampai Berita di RTM sebelum dilamar oleh Tan Sri P Ramlee untuk kedua-dua filem tersebut.

Selain itu, arwah Wan Chik Daud juga pernah muncul dalam program realiti Akademi Fantasi musim ke 4 sebagai pengkritik jemputan dan beliau juga pernah muncul dalam iklan Lasindah Cafe bersama arwah suaminya M.Rajoli. 

Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas