Berita

THREE V Holdings dinobat pemenang utama Cabutan Bonanza Cukai Taksiran DBKL

- Diterbit 2 April 2024 3:00 PM MYT

THREE V Holdings dinobat pemenang utama Cabutan Bonanza Cukai Taksiran Cukai Taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2024.

Kemenangan itu sekali gus membolehkannya membawa pulang sebuah kereta jenis BYD Dolphin.

Pengurusnya, Tan berkata dia tidak menyangka akan dinobat sebagai pemenang utama bagi cabutan bonanza tahun ini.

“Pada awalnya, saya ingatkan ia hanya scammer sebaik menerima panggilan daripada pihak DBKL.

“Selepas itu, saya hubungi semula untuk mengesahkan kemenangan itu, ternyata ia benar dan sungguh tak sangka lebih-lebih lagi apabila dikatakan kami pemenang utama,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara 1 DBKL, hari ini.

Sementara itu, DBKL berkata Cabutan Bonanza Cukai Taksiran Ini merupakan salah satu cara DBKL menghargai pemilik harta yang membayar cukai taksiran dan tidak mempunyai sebarang tunggakan.

Katanya, ia juga merupakan tarikan kepada pemilik akaun yang mempunyai tunggakan untuk menjelaskan cukai taksiran mereka.

Pada edisi kali ini, seramai 133 pembayar cukai taksiran berjaya memenangi cabutan bonanza tersebut sekali gus menerima pelbagai hadiah lain.

Antaranya, motosikal, basikal elektrik, tablet dan dinar emas dengan anggaran keseluruhan hadiah bernilai RM390,000.

Terdahulu, majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi, Ismadi Sakirin dan turut diiringi Pengarah Eksekutif Perancangan, Datuk Zulkarnain Hassan dan Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek, Mohamad Hamim. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas