Berita

10 maut, 2 helikopter bertembung

Kredit foto: Media sosial
- Diterbit 23 April 2024 11:33 AM MYT

SERAMAI 10 orang maut dalam satu nahas kemalangan membabitkan pertembungan dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kejadian di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada pukul 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh orang kru bersama terhemnpas di di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec (M502-6) terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas