TLDM

Berita

Laporan interim tragedi helikopter TLDM siap 2 minggu

LAPORAN interim mengenai tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak semalam akan siap dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata komitmen itu dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. “Mesyuarat hari ini

Berita

Kesemua mangsa tragedi helikopter diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat TLDM

KESEMUA mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini, sebaik selesai proses bedah siasat. Difahamkan selepas itu, jenazah dan jasad kesemua mangsa akan dibawa ke destinasi pengebumian di

Berita

Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-90 TLDM dibatalkan, diganti majlis tahlil, doa

SEMUA acara sempena Ulang Tahun ke-90 Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Sabtu ini di Pangkalan TLDM di sini dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati anggota keluarga serta waris 10 pegawai

Berita

Pengamal media, orang ramai diingatkan tidak sebar video nahas dua helikopter

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan pengamal media dan orang ramai agar tidak menyebarkan video membabitkan insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak pagi ini. Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi

Berita

Helikopter TLDM terhempas: Agong zahir takziah, mahu ATM jalankan siasatan terperinci

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini. Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi

Berita

TLDM sahkan 10 kru terkorban nahas pertembungan dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seramai 10 kru terkorban dalam nahas kejadian pertembungan dua buah helikopter hari ini. TLDM dalam satu kenyataan akhbar berkata, Helikopter Operasi Maritim (HOM) TLDM dan sebuah helikopter Fennec TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 9.32