tajaan

Berita

Hafizh Syahrin dapat tajaan utama UMW Grantt International

PUTRAJAYA – Pelumba Kejohanan Dunia MotoGP kategori Moto2, Hafizh Syahrin bersyukur apabila dia akhirnya berjaya memperoleh penaja utama bagi menghadapi saingan MotoGP Dunia 2020 bermula 8 Mac ini di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. Pelumba berusia 25 tahun itu ditaja oleh UMW Grantt International Sdn. Bhd. bermula Mac sehingga Disember 2020.