Berita

Hafizh Syahrin dapat tajaan utama UMW Grantt International

HAFIZH (duduk, kanan) bersama Pengurus Besar Kanan UMW, Anas Nasrun Mohd. Osman menandatangani perjanjian penajaan di Menara KBS, Putrajaya hari ini.
- Diterbit 26 Februari 2020 11:51 AM MYT

PUTRAJAYA – Pelumba Kejohanan Dunia MotoGP kategori Moto2, Hafizh Syahrin bersyukur apabila dia akhirnya berjaya memperoleh penaja utama bagi menghadapi saingan MotoGP Dunia 2020 bermula 8 Mac ini di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

Pelumba berusia 25 tahun itu ditaja oleh UMW Grantt International Sdn. Bhd. bermula Mac sehingga Disember 2020.

“Alhamdulillah saya bersyukur di atas rezeki ini dan berjanji akan mempamerkan aksi terbaik.

“Tajaan ini sedikit sebanyak menyuntik semangat saya. Dalam masa sama, saya akan membantu memperkenalkan minyak keluaran tempatan ini di luar negara,” ujarnya sejurus majlis menandatangani perjanjian di Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Terdahulu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggariskan kerjasama strategik bersama UMW Grantt International bagi menyokong pembangunan sukan permotoran negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas