#labuan #sekolah #smkmutiara

Berita

Pelajar gembira kembali ke sekolah

TERPANCAR kegembiraan di wajah para pelajar di sini apabila kembali semula ke sekolah bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermula Isnin lalu. Rata-rata pelajar yang ditemui Wilayahku, datang ke sekolah seawal jam 6.30 pagi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mengimbas suhu badan, menggunakan sanitizer dan menjaga penjarakan fizikal.