Berita

Bina struktur tanpa kebenaran berisiko tinggi

STRUKTUR yang baru siap dibina tanpa kebenaran dirobohkan selepas mendapat bantahan daripada komuniti setempat
- Diterbit 26 April 2024 9:10 AM MYT

PEMBINAAN struktur tanpa kebenaran amat berisiko tinggi berikutan ia jelas melanggar undang-undang serta menimbulkan situasi kacau ganggu terhadap komuniti setempat.

Bertindak atas aduan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal dan Pejabat Cawangan Segambut melaksanakan tindakan meroboh struktur tanpa kebenaran di Jalan Burung Jentayu, Taman Bukit Maluri Segambut Kuala Lumpur pada Isnin, 22 April 2024.

“Menerusi aduan awam komuniti setempat dan pemantauan DBKL mendapati ada pihak yang mendirikan struktur besi berbumbung kekal tanpa kebenaran DBKL di kawasan tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut sumber, struktur berkenaan berukuran 22 x 70 kaki itu baru siap dibina dan berkemungkinan akan disewakan kepada peniaga kecil.

Dalam operasi tersebut, DBKL telah mengeluarkan notis penguatkuasaan seksyen 46(1)(a) iaitu membina atau menegak atau menyenggara tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa halangan di tempat awam.

Sementara itu, orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinasihatkan untuk tidak membina apa-apa struktur sebelum mendapat kelulusan daripada DBKL bagi mengelakkan kerugian. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas