khairy

Berita

PM Muhyiddin mulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini

PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu pada kira-kira 3 petang. Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada 26 Feb (Jumaat) itu bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan

Berita

Malaysia laksana Program Imunisasi COVID-19 besar-besaran esok

ESOK, Malaysia akan memulakan program vaksinasi percuma secara besar-besaran untuk memastikan penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing, dilindungi daripada COVID-19 yang telah menjangkiti lebih 290,000 orang dan meragut lebih 1,000 nyawa. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu akan diterajui oleh tidak lain dan tidak bukan iaitu Perdana Menteri

Berita

Suntikan vaksin COVID-19 ambil masa 15 hingga 30 minit – Dr Adham Baba

INDIVIDU yang akan disuntik dengan vaksin COVID-19 perlu melalui lima stesen di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan proses suntikan mengambil masa antara 15 dan 30 minit termasuk proses pemantauan untuk kesan sampingan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Katanya stesen pertama ialah untuk saringan gejala dan suhu; stesen kedua untuk

Berita

Malaysia terima 182,520 dos tambahan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech esok

MALAYSIA akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech esok (Rabu), untuk edaran ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, vaksin berkenaan yang dikeluarkan di Belgium dijadualkan tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Berita

571,802 anggota barisan hadapan daftar untuk imunisasi COVID-19

SERAMAI 571,802 orang anggota barisan hadapan mendaftar untuk mendapatkan imunisasi COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 57.3 peratus terdiri dalam kalangan anggota perubatan dan kesihatan iaitu dengan 39.8 peratus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya 17.5 peratus pegawai perubatan

Berita

COVID-19: Kerajaan akan tandatangan kontrak pemerolehan vaksin Johnson & Johnson

KERAJAAN akan menandatangani kontrak pemerolehan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dari Amerika Syarikat dalam masa terdekat, kata Khairy Jamaluddin. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata setakat ini, makluman klinikal mengenai vaksin itu amat positif dan Jemaah Menteri berdasarkan syor Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), membuat keputusan