Hidup baru

Berita

Gelandangan mula hidup baharu, hadiri temuduga kerja

KUALA LUMPUR – Gelandangan yang diselamatkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal memulakan langkah hidup baharu apabila menghadiri taklimat dan temuduga kerja bagi membolehkan mereka berkerja selepas ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, beliau melahirkan kesyukuran kerana golongan itu menyahut seruan untuk memulakan kehidupan baru.