Dunia Peragaan

Personaliti

Lupakan kerjaya sebagai doktor demi kepuasan

SUNGGUHPUN memiliki kelulusan Sarjana Muda Perubatan, wanita jelita yang dikenali sebagai Engku Sulwani Engku Ismail atau mesra disapa Esul memilih bidang peragaan sebagai kerjaya utamanya. Siswazah kedoktoran Universiti Putra Malaysia (UPM) ini mengakui kecintaan yang mendalam terhadap dunia peragaan menyebabkannya melepaskan cita-cita untuk bergelar doktor yang pernah diidamkan suatu ketika