Azalina

Berita

Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian. Azalina berkata inisiatif cadangan penggubalan undang-undang baharu itu adalah bagi menangani isu berkaitan jenayah siber selain mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam

Berita

Usaha gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan langkah terdesak – Azalina

USAHA penggubalan satu Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan langkah terdesak, sebaliknya mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menghormati mandat pilihan raya, proses demokrasi dan memastikan kestabilan politik dalam keadaan semasa geopolitik yang tidak menentu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi

Berita

3R: Sesi libat urus kaji keberkesanan perundangan diadakan

SATU sesi libat urus diadakan hari ini bagi mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada dan meneroka model perundangan alternatif dalam menangani isu agama, bangsa dan institusi raja-raja (3R). Sesi itu yang turut membincangkan cabaran terkini dihadapi agensi penguat kuasa berhubung isu provokasi 3R, dihadiri lebih 50 wakil terdiri daripada pihak kerajaan dan bukan kerajaan termasuk Polis

Berita

Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 berkuat kuasa esok

BERMULA esok, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) akan berkuat kuasa. Menurut Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Jun yang disiarkan Jabatan Peguam Negara, tarikh berkuat kuasa akta berkenaan ditetapkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. “Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh

Berita

Akta khas digubal untuk wujudkan Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bebas

KERAJAAN sedang menggubal akta khas bagi membolehkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak beroperasi secara bebas dan bertindak sebagai pemerhati terhadap pelbagai isu membabitkan golongan itu di Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata adalah penting untuk terus memperkasa Pesuruhjaya Kanak-Kanak Dr Farah Nini

Utama

Sidang khas Parlimen: Azalina tidak setuju

AHLI Parlimen Pangerang Datuk Seri Azalina Othman Said menolak cadangan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan supaya satu sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat. Dalam surat yang dikeluarkan semalam, Ahmad memohon semua Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional untuk mengemukakan persetujuan bagi pelaksanaan Perkara 150 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan