Berita

KKM pusat, negeri diarah teliti situasi sumber tenaga

- Diterbit 26 April 2024 2:53 PM MYT

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan kepimpinan Kementerian Kesihatan (KKM) di Pusat dan Negeri untuk meneliti situasi sumber tenaga di hospital-hospital.

Menurut Dzulkefly, beliau juga memninta untuk melakukan penilaian semula tindakan-tindakan yang telah dibuat melibatkan penempatan dan cara kerja Pegawai Perubatan Siswazah (PPS).

Dzulkefly berkata, jumlah graduan perubatan yang sedikikit menyebabkan jumlah PPS di hospital semakin berkurangan.

“Malaysia pernah melalui masa apabila graduan perubatan mencecah enam hingga tujuh ribu setahun, kini jumnlah graduan kita sikit, lebih tiga ribu, menyebabkan julah PPS di hospital semakin jauh berkurang.

“Maka yang bekerja sekarang merasa terbeban dengan bebanan kerja dan kekurangan anggota,” katanya dalam satu hantaran di X hari ini.

Tambah Dzulkefly, beliau bersama kepimpinan KKM memerhati situasi tersebut dengan rapat dan sedar dengan bebanan kerja petugas perubatan negara.

“Perubahan dan penambahbaikan lebih tuntas dan mampan akan mengambil sedikit masa.

“Ia juga perlu penglibatan pemegang taruh lain yang sedang kami berunding seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Terdahulu, seorang pengguna di X, Maryam Sophea bertanya sama ada KKM akan menambah PPS di hospital daerah.

Pengguna itu turut menegaskan bebanan kerja yang melampau kepada petugas-petugas perubatan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas