Berita

Tinggalkan Dolla, kini berhijab… “Syasya dulu paling seksi” – Netizen

- Diterbit 11 April 2024 5:00 PM MYT

SELEPAS mencetuskan tanda tanya ramai peminat apabila mengundurlan diri daripada kumpulan Dolla, Syasya kini tampil dengan berhijab pada hari raya pertama.

Perkongsian ibu kepada pemilik nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal,23, iaitu Riena mengundang pujian ramai sebaik video berada dalam kereta dipercayai mahu beraya tular itu dalam media sosial

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan  baharu Syasya dan mendoakan agar terus istiqamah.

“Syasya ni famili berdarah seni. Nenek beliau aktres veteran Rozie Othman. Dia dah habis berfikir nak menjaga nama baik keluarga seni beliau. Alhamdulillah, sekarang dah berhijab. Semoga istiqamah,” kata seorang pengguna media sosial.

“Syasya dulu paling seksi berbanding Chinese Tabby dan Angel tapi sekarang Alhamdulillah dah berhijab,” komen seorang netizen.

“Alhamdulillah, keputusan yang tepat untuk lebih mengejar akhirat,” tulis seorang warganet.

“Alhamdulillah, hidayah Allah SWT tak Siapa yang tahu,” kata seorang netizen.

Terdahulu syarikat pengurusan Dolla iaitu Universal Music memaklumkan Syasya menarik diri daripada kumpulan itu disebabkan hal peribadi.

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas