Berita

Tidak wajar bandingkan penurunan nilai RM dengan tahun 1998

- Diterbit 23 Februari 2024 2:43 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tidak wajar membandingkan penurunan nilai Ringgit Malaysia (RM) yang berlaku waktu ini dengan tahun 1998.

Jelas Anwar, semua pihak wajar melihat
asas ekonomi negara secara menyeluruh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang semakin rendah.

Selain itu, katanya pertumbuhan ekonomi negara yang konsisten serta peningkatan jumlah pelaburan tertinggi yang diluluskan dalam sejarah tahun lalu.

“Saya fikir lihat pada pandangan menyeluruh dan kapasiti untuk negara berkembang. Apa yang paling diyakinkan ialah angka pelaburan.

“Sentiasa dibandingkan dengan 1998. (Ketika itu) ringgit turun, inflasi naik, pengangguran naik dan tiada pelaburan,”katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Tun Razak Exchange sebagai Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas