Selebriti

Tiada istilah cinta lokasi

- Diterbit 22 Mac 2024 12:09 PM MYT

DALAM hidup berumah tangga, datanglah apa jua godaan pun ia tidak memberi kesan apa-apa jika iman di dada kuat dan sentiasa setia kepada pasangan.

Begitulah juga dengan kerjaya sebagai pelakon, cinta hanya lahir di lokasi bersandarkan watak yang diberikan. Segalanya kembali ke alam realiti apabila tamatnya penggambaran.

Itulah prinsip pelakon Wan Raja yang kini bergandingan dengan Fasha Sandha dalam drama Malang Si Puteri terbitan Radius One Sdn Bhd.

Bagi Wan Raja atau nama lengkapnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 46, meskipun kerap berlakon bersama Fasha, namun masing-masing profesional dan tidak membawa urusan kerja di luar set.

“Saya dan Fasha dah banyak kali bekerjasama. Rasanya lebih empat kali dah kami digandingkan dalam satu produksi. Tiada istilah cinta lokasi atau isu siapa sondol siapa. Keserasian kami hanya di lokasi penggambaran saja,” jelas suami kepada pelakon Yaya Maembong ini.

Menurut Wan Raja, isterinya memahami dan suami Fasha iaitu Aidil juga meletakkan kepercayaan, sekali gus mengelakkan rasa curiga pasangan masing-masing.

“Isteri saya okey saja jika saya digandingkan dengan Fasha, tiada masalah. Begitu juga dengan Aidil, masing-masing okey. Pasangan kami saling mengenali dengan siapa kami berlakon,” ujarnya.  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas