Berita

“Terima Kasih Susu Ibu,” FASHA Kongsi Wajah AISHA AMAIRA Usia 2 Minggu

|SEMOGA Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin..
- Diterbit 21 Ogos 2020 12:49 PM MYT

RAMAI warganet memuji kecomelan anak pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz, Aisha Amaira yang sudah memasuki usia dua minggu. 

Alhamdulillah.. Rata-rata mereka mendoakan agar Asha membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah. 

Fasha berkongsi wajah comel anak bongsunya itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya. 

SEMOGA Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin..

“Assalamualaikum kesayangan ibu, hari ini Aisha dah dua minggu, Aisha membesar dengan jayanya kan, terima kasih susu ibu.

“Hari ini ibu rajin, jadi photographer untuk Aisha, pandai kan ibu Aisha jadi photographer,” tulis Fasha sebagai kapsyen yang gembira dengan kelahiran Aisha pada 7 Ogos lalu. 

Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Hasil perkahwinan pertama, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas