Utama

Tiada rempuhan di Bangunan Sultan Iskandar seperti video tular

KAWASAN sekitar BSI lengang tanpa orang ramai.
- Diterbit 10 April 2020 3:41 AM MYT

PUTRAJAYA – Video yang tular di media sosial sejak semalam merupakan suasana latihan kebakaran di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor yang dilaksanakan pada 18 Disember 2019.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya kejadian tersebut merupakan rempuhan warga tempatan yang berlaku semalam.

“Imigresen mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak Imigresen Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Fuziah Salleh’ memuat naik video kejadian dengan ciapan “Sedang berlaku di CIQ JB. Situasi diluar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapura cuba balik beramai-ramai. Harap adalah hotel 5 bintang untuk kuarantin mereka”.

Bagaimanapun, kenyataannya itu sudah dipadam. – WILAYAHKU

KEADAAN semasa BSI pada pukul 9 malam semalam.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas