Berita

1,044 warga Indonesia dihantar pulang

SEBAHAGIAN PATI yang dihantar pulang semalam melalui pemeriksaan Imigresen.
- Diterbit 10 April 2020 2:56 AM MYT

PUTRAJAYA – Seramai 1,044 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dihantar pulang ke negara asal secara berperingkat bermula semalam.

Jabatan Imigresen menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan, penghantaran tersebut dilakukan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jakarta dan Medan, Indonesia.

“Penghantaran pulang dijalankan secara berperingkat pada 9 dan 10 April,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi enggan mengulas lanjut. – WILAYAHKU

PATI yang dihantar pulang diarah mengikut garis panduan penjarakan sosial.
ANGGOTA bertugas meneliti pasport salah seorang PATI yang dihantar pulang.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas