Biz

Terima anugerah daripada Yayasan Usahawan Malaysia, usaha Zoey berbaloi

|PENCAPAIAN Zoey dalam bisnes menjadi inspirasi anak-anak muda.
- Diterbit 24 Mac 2023 10:30 AM MYT

PELAKON dan usahawan Zoey Rahman meluahkan rasa syukur dan terharu apabila terplilih untuk menerima anugerah daripada Yayasan Usahawan Malaysia.

Zoey yang juga merupakan CEO Mikaseries Sdn Bhd adalah salah seorang daripada sembilan penerima anugerah utama di dalam kategori Board Of Advisor Awards.

Anugerah disampaikan yang oleh Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razal di Setia Spice Convention Centre, pada Jumaat lalu.

“Alhamdulilah saya sangat bersyukur di atas penghargaan ini dan saya sangat berterima kasih kepada Yayasan Usahawan Malaysia.

“Tidak lupa juga kepada semua kakitangan Mikaseries, agen-agen serta penyokong produk Mikaseries yang sentiasa berada di belakang kami selama ini.

“Anugerah yang diperolehi ini adalah kejayaan kita bersama dan semoga ia terus menjadi pencetus semangat buat saya untuk terus berjaya dalam perniagaan.

“Saya juga teruja dan terharu kerana akhirnya usaha keras kami selama ini terjawab. Syukur, Alhamdulillah,” katanya.

PENCAPAIAN Zoey dalam bisnes menjadi inspirasi anak-anak muda.

Sempena Ramadan ini, Zoey membuat jualan kurta dengan kerjasama PEREKA fesyen Farel menerusi platform e-dagang

Selain berniaga di e-dagang, Zoey juga akan turut menyertai Celebfest yang akan berlangsung di Singapura, selain Absolut Baazar X Gaya Raya dan Starvendor yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas