Biz

Berbuka puasa suasana kampung sambil berinfaq di Karyabhara

|||||||||PENGURUS Karyabhara The Hipster Café
- Diterbit 24 Mac 2023 10:51 AM MYT

SEMPENA bulan Ramadan ini, Restoran Karyabhara @Lanai Karya Event Space Putrajaya menawarkan peluang berbuka puasa dalam suasana kampung dengan harga serendah RM 48.

Pengurus Karyabhara The Hipster Café, Jumaitul Laily Zakiah berkata, restoran itu bertemakan Kampung Ramadhan Karyabhara bertujuan mengubati kerinduan pengunjung yang inginkan suasana kampung.

“Berita gembira buat semua warga sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Seri Kembangan, Dengkil dan berdekatan, Karyabhara mengalu-alukan orang ramai berbuka puasa di Karyabhara.

“Kami mengetengahkan konsep kampung kerana kebiasaannya ramai yang merindukan makanan serta suasana kampung apabila tibanya Ramadan. Iyalah masing-masing berpuasa di Bandar kerana komitmen kerja.

“Jadi, bagi mengubat rindu mereka, Karyabhara menyediakan hampir 70 menu kampung yang pastinya menyelerakan.

“Bukan sahaja boleh menikmati sajian kampung, malah mereka akan rasa betul-betul berada di desa dengan suasana serta dekorasi yang kami sediakan. Lagu-lagu yang dimainkan juga klasik sesuai dengan tema yang diketengahkan,” katanya.

Antara menu kampung yang disediakan adalah asam pedas, masak lemak rebung, mi Kari Johor, mi soto, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, sambal goreng Jawa dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis kuih tradisional, buah-buahan dan aneka minuman.

Dalam masa yang sama, para pengunjung juga boleh merakamkan gambar kenangan berlatarbelakangkan suasana kampung dengan dekorasi basikal, tikar mengkuang, pelita, pondok, kerusi kayu dan banyak lagi.

Mengambil berkat bulan Ramadan, Karyabhara juga memberi peluang kepada orang ramai atau mana-mana syarikat yang ingin berinfaq atau bersedekah.

“Kami menjemput pihak kementerian, syarikat atau orang perseorangan untuk merebut pakej infaq dengan kerjasama bersama Karyabhara.

“Mereka boleh bawa pelajar-pelajar tahfiz, anak-anak yatim, asnaf atau golongan yang kurang berkemampuan untuk berbuka puasa di sini dengan hanya RM 20 sahaja untuk seorang,” ujarnya lagi.

Karyabhara @ Lanai Karya Putrajaya yang boleh membuatkan 350 orang dalam satu masa ini juga mempunyai banyak kemudahan antaranya parkir yang strategic dan luas, surau, berhawa dingin dan banyak lagi.

PENGURUS Karyabhara The Hipster Café, Jumaitul Laily Zakiah

Harga untuk tempahan berbuka puasa adalah RM 38 untuk kanak-kanak (berumur 7 – 13 tahun), warga emas RM 48 dan RM 78 untuk dewasa.

Manakala kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah pula adalah percuma.

Orang ramai dijemput berbuka puasa di Karyabhara @Lanai Karya Putrajaya di Menara Perkeso (tingkat 1) , Putrajaya.

Boleh Waze Lanai Karya Event Space Putrajaya untuk ke tempat kami. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 016-6441 4549 / 016-231 2036 / 016-752 2036. Instagram http://@lanaikaryaeventspace. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas