Selebriti

Suki berterima kasih kepada peminat Siti Nurhaliza

|
- Diterbit 7 Disember 2021 11:21 PM MYT

BUKAN senang menyanyikan lagu Melayu tradisional, lebih-lebih lagi bukan orang Melayu

Begitulah peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Suki Low yang mendapat pujian juri dan peminat apabila berjaya mempersembahkan lagu Badarsila nyanyian asal penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Suki yang menyanyikan lagu tersebut pada konsert minggu ketiga GV8 turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan dan pujian yang diberikan oleh peminat Siti yang dikenali sebagai Sitizoners.

Menurut Suki, dia telah mencuba sehabis baik untuk membawakan lagu tersebut dan berharap persembahannya tidak mengecewakan orang ramai.

“Terima kasih banyak atas semua sokongan anda dan saya harap ia tidak mengecewakan anda semua sebab saya dah cuba yang terbaik untuk tidak mengecewakannya. terima kasih sekali lagi atas sokongan dan ucapan anda semua,” ujarnya.

Suki juga meluahkan rasa teruja apabila peminat ‘menggabungkan’ gambarnya dengan Siti.

“Seronoknya dapat bergambar dengan @ctdk. Edit pun jadi la,” tulisnya di Instagramnya @iamsukilow.

Melihat ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan mendoakan yang terbaik buatnya.

“Congratulation Suki. Suki nyanyi dengan baik.” – @sitinurhalizagallery

“Love ur performance for Badarsila. Kudos” – @bad_arsila

“You did so well!!! Can’t wait to see more of youuuuuu” – @izhamhariz

“Sedap betul suara Suki lenggok Irama Melayu sangat susah nak bawa. Tapi salute sangat. Memang sedap. Secukip rasa dan manis” – @miss_aizeian

Semoga Suki terus sukses ya! – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas