Selebriti

Gmie Screen meninggal dunia

|SEMOGA Allahyarham Gmie Screen ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin...|
- Diterbit 9 Disember 2021 11:54 PM MYT

PENYANYI lagu Bila Cinta Di Dusta, Gmie Screen telah disahkan meninggal dunia awal pagi ini setelah dua hari dimasukkan ke Hospital Tengkuan Ampuan Rahimah (HTAR).

Pemergian vokalis kumpulan Screen yang cukup popular sekitar 90-an itu telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syam Jibam.

“Mendapat perkhabaran yang sedih di pagi Jumaat dukacitanya bahawa sahabat kita semua Hajmi Bin Ibrahim (Gmie Screen) telah kembali ke rahmatullah jam 2.30 pagi ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) setelah dimasukkan ke hospital 2 hari lepas.

“Terima Kasih kerana menjadi penghibur kami semua… Terima Kasih kang Gmie jadi sahabat yang baik,” ujarnya.

SEMOGA Allahyarham Gmie Screen ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin…

Biarpun tidak dijelaskan punca kematiannya, namun pada April lalu penyanyi itu dilaporkan mengalami penyakit buat pinggang bocor.

Selain itu, arwah juga pernah menyertai rancangan Gegar Vaganza 3 serta bersaing hingga ke peringkat akhir dan muncul pemenang di tangga ke-6. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas