Selebriti

Almy Nadia lahir anak keempat… “4-0 keputusan sekarang”- Fizz Fairuz

- Diterbit 7 Disember 2021 9:20 PM MYT

PELAKON popular Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak keempat mereka, hari ini.

Bayi perempuan comel ini dilahirkan pada pukul 3.49 pagi ini di Hospital Columbia Aisa di Setapak, Kuala Lumpur.

“Alhamdulilah… Isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi. Terima kasih kepada semua yg mendoakan .. amin. 4-0 keputusan sekarang.. hehe,” tulisnya menerusi Instagramnya.

Terdahulu, Almy pernah dilaporkan mengalami keguguran sebanyak dua kali. Pasangan pelakon ini mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan kini mempunyai tiga anak perempuan serta seorang anak angkat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas