Lensa

Santapan ulat buku

- Diterbit 29 Januari 2024 3:22 PM MYT

BERDASARKAN rekod yang dicatatkan Indeks Skor Budaya Sedunia (WCSI), negara India berada di kedudukan pertama dunia yang menyaksikan masyarakatnya paling banyak membaca. Percaya atau tidak, mereka sanggup menghabiskan masa lebih 10 jam seminggu untuk aktiviti membaca.

Di Malaysia pula, pelbagai aktiviti dan program dirangka untuk mewujudkan budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini kerana bangsa yang membaca adalah bangsa yang berjaya.

Lewat beberapa tahun kebelakangan ini dapat dilihat dengan jelas kedai-kedai buku besar di negara ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam masa yang sama, ia menunjukkan sambutan yang diterima amat menggalakkan terhadap budaya membaca ini.

Salah satu lokasi tumpuan ulat buku adalah BookXcess yang kini telahpun mempunyai lebih daripada 10 cawangan di seluruh negara.

Menariknya setiap lokasi tampil dengan konsep interior yang tersendiri. Lensa Wilayahku sempat memotret keunikan BookXcess yang terdapat di RexKL dan MyTown. – SHUAIB AYOB/WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas