Lensa

Taman tropika pencinta alam

- Diterbit 19 Januari 2024 12:20 PM MYT

Oleh SHUAIB AYOB

BAGI penggemar burung tentunya tidak asing lagi dengan KL Bird Park yang merupakan taman burung terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 20.9 ekar yang terletak berhampiran Tasik Perdana.

Diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lokasi yang dibuka 33 tahun lalu ini menempatkan 3,000 ekor burung daripada 200 jenis spesies burung tempatan dan negara luar seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda.

Antaranya enggang, bangau, kuang, langling flamingo dan banyak lagi di mana ia dibahagikan kepada empat zon utama untuk memberi kepuasan kepada pengunjung melihat gelagat burung.

Lensa Wilayahku minggu ini sempat memotret gambar taman tropika khas ini untuk tatapan pencinta alam.

Gambar:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas