Lensa

Lambaian Agong berjiwa rakyat

- Diterbit 3 Februari 2024 9:40 AM MYT

TANGGAL 30 Januari 2024, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selesai menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong setelah lima tahun memegang peranan penting negara yang paksinya adalah Raja berperlembagaan.

Baginda telah menunjukkan kepemimpinan yang berjiwa rakyat, tegas dan berdedikasi dalam memenuhi tanggungjawab sebagai Ketua Negara. Sepanjang tempoh pemerintahannya, Baginda berhadapan dengan cabaran konflik politik yang melanda negara antaranya berlaku pertukaran empat Perdana Menteri di mana yang terakhir adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Al-Sultan Abdullah juga berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia. Baginda melalui kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta memastikan sistem kesihatan negara tidak lumpuh dan berfungsi dengan baik.

Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat ke Istana Negara pada Rabu bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Oleh: AMIN FIRAJ HASSAN, Foto oleh: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas