Berita

RTM Labuan anjur program simulasi

ANGGOTA polis membuat demonstrasi pemeriksaan bom di RTM Labuan pada Program Simulasi dan Latihan Keselamatan Ancaman baru-baru ini.
- Diterbit 12 Ogos 2023 5:00 AM MYT

BAGI meningkatkan ­kecekapan penyelarasan pengurusan dalam menghadapi situasi ­ancaman, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM Labuan) ­mengadakan Program Simulasi Dan Latihan Ancaman Keselamatan ­baru-baru ini.

Timbalan Pengarahnya, Fauziah Mohd Sidek ­berkata program ­tersebut ­diadakan sebagai latihan bagi ­memastikan semua pegawai dan ­kakitangan RTM Labuan serta agensi ­terlibat sentiasa ­bersiap ­siaga dalam ­mendepani sebarang ancaman.

“Ia dapat ­melatih ­kakitangan dalam ­melaksanakan tugas ­dengan lebih cekap, bersepadu dan berkesan sewaktu berhadapan dengan sebarang situasi ­ancaman keselamatan yang ­tidak dijangka.

“Program ini juga ­bertujuan untuk menguji kecekapan ­penyelarasan ­pengurusan dalam ­mengambil tindakan dan membuat ­keputusan ­mengikut ­garis panduan yang telah ­ditetapkan oleh agensi keselamatan yang ­bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Fauziah berkata aspek ­keselamatan penghuni di agensi sasaran penting ­juga perlu diberi perhatian kerana mereka adalah aset jabatan yang amat berharga di mana mereka perlu memahami ­serta mengetahui tanggungjawab antara satu sama lain.

“RTM Labuan merupakan satu-satunya pusat ­penyiaran awam milik kerajaan yang ­juga merupakan sasaran penting sekali gus kawasan ­larangan yang ada di pulau ini.

“Kami perlu komited ­dalam aspek keselamatan yang menjadi ­keutamaan bagi ­memastikan ­fungsi dan peranan utamanya tidak ­terjejas. Selain itu, RTM ­bersedia untuk ­berkolaborasi ­bersama-sama ­agensi berkaitan bagi ­mencapai ­matlamat tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, program itu turut melibatkan agensi ­keselamatan berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (BOMBA), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Perbadanan Labuan (PL). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas