Utama

Reaksi Moratorium : penangguhan bayaran balik pembiayaan rumah PPR/PA

PENANGGUHAN bayaran balik pembiayaan rumah PPR/PA tanpa penalti selama 6 bulan (Julai-Disember 2021). Gambar - Facebook KWP
- Diterbit 10 Julai 2021 4:00 AM MYT
NUR ZULAIKHA AZMI, 21,
Pengasuh

INISIATIF ini sangat bagus di mana dalam keadaan sekarang ini ramai antara kita tidak dapat tangani tekanan dengan baik, dengan penangguhan enam bulan tersebut dapat mengurangkan lagi beban mereka supaya mereka tidak perlu risau tentang pembiayaan rumah.”

 

 

 

 

NUR AMIRA YAHAYA, 29,
Pengasuh kanak-kanak

MORATORIUM ini membantu mengurangkan beban meskipun hanya berbentuk bantuan jangka pendek dan ianya adalah dalam kategori pilihan kerana kesan dikemudian hari bagi pengambilan inisiatif ini juga perlu di fikirkan. Selain itu, bantuan kewangan dari pihak kerajaan dan juga pengeluaran wang KWSP juga merupakan antara bantuan lain yang boleh diberikan kepada rakyat ketika ini.”

 

 

 

NOOR HAMIZA MOHAMAD ANUAR, 36,
Pekerja swasta

PENANGGUHAN ini membantu buat masa ini bagi individu yang betul-betul terjejas namun saya takut selepas tempoh yang diberikan ia akan menambah beban kepada individu tersebut apabila caj yang dikenakan mungkin akan tinggi, jadi saya rasa adalah lebih baik jika pembayaran rumah ini dikurangkan berbanding ditangguhkan kerana cara itu lebih mengurangkan beban rakyat pada pandemik ini.”

 

 

BADRUL HISHAM ABDUL JALIL, 30,
Penjawat awam

PENANGGUHAN bayaran rumah PPR sangat membantu penduduk macam saya sebab mengurangkan bebanan yang saya tanggung waktu pandemik ini serta insiatif ini tidak pernah lagi dibuat oleh menteri sebelum ini. Isu moratorium pula, individu yang ingin memohon benda tersebut perlu lebih peka seperti bertanya dengan pihak bank masing-masing untuk tahu lebih lanjut mengenai cara pengiraan apabila mengambil moratorium ini. Tidak boleh harapkan kerajaan untuk beritahu setiap satu kerana setiap bank lain cara pengiraannya namun syaratnya adalah sama.”

 

 

SITI KHAIRUN NISSA SULIHEN,28,
Pengedali makanan

SEDIKIT sebanyak inisiatif ini sebenarnya membantu golongan yang terbeban dalam kegawatan ekonomi sekarang jadi dengan adanya inisiatif pilihan ini, kami dapat mengatur semula segala perbelanjaan asas keperluan dengan mendahulukan mana yang perlu dan tidak namun pilihan terletak di tangan masing-masing, dengan kemudahan serta inisiatif yang diberikan, kita sebagai rakyat perlu berfikir dan berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan sama ada mahu mengambil moratorium ini atau tidak.” – WILAYAHKU – DIANA AMIR/HAZIRAH HALIM

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas