Berita

COVID-19: Rekod baharu tertinggi dengan 9,180 kes hari ini – KP Kesihatan

KES harian baharu tertinggi pernah direkodkan sebelum ini ialah 9,020 pada 29 Mei lalu. Kredit foto oleh: BERNAMA KES harian baharu tertinggi pernah direkodkan sebelum ini ialah 9,020 pada 29 Mei lalu. Kredit foto oleh: BERNAMA
- Diterbit 9 Julai 2021 8:23 AM MYT

MALAYSIA mencatatkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 9,180 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 817,838.

Kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan sebelum ini ialah 9,020 pada 29 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,271 kes, Negeri Sembilan (899) dan Sarawak 406 kes.

Kedah mencatat 417 kes, Sabah (323), Johor (315 kes), Melaka (222), Perak (241), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis satu kes. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas