Berita

Pupuk nilai kebersihan, banteras aedes

KANAK-KANAK diberi pendedahan tentang bahaya denggi dan cara pencegahan.
- Diterbit 6 Disember 2019 11:23 AM MYT

PUPUK. Semua kanak-kanak perlu diberikan pendedahan dan bimbingan yang sewajarnya supaya mereka dapat memahami pentingnya kebersihan alam sekitar.

Justeru Program Banteras Aedes dianjurkan di peringkat Presint 11, Putrajaya.

Program yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti Multimedia (MMU) itu juga bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan mengamalkan cara hidup yang sihat sekali gus berupaya mengekang pembiakan nyamuk aedes di kawasan perumahan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas