
Pemeriksaan kesihatan khusus untuk B40
PEDULI. Selaras dengan hasrat skim peduli kesihatan kerajaan Persekutuan untuk gologan berpendapatan rendah (B40), Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengadakan program pemeriksaan kesihatan.
Program dengan kerjasama Skim Peduli Kesihatan (Peka40) itu diadakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Malaysia, Kuala Lumpur.
Penyelaras Pejabat Ahli Parlimen itu, Idris Mokhtar memberitahu, langkah tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada golongan sasar untuk mengetahui tahap kesihatan terkini malah secara tidak langsung penjenamaan semula Peka40 dapat di hebahkan dalam kalangan penduduk sekitar.