Berita

PM redah hujan santuni penduduk Kampung Paya Mengkuang Ladang

ISMAIL Sabri meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk Kampung Paya Mengkuang Ladang meskipun hujan lebat.
- Diterbit 14 November 2022 10:44 AM MYT

MESKIPUN hujan lebat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap turun menyantuni penduduk Kampung Paya Mengkuang Ladang, Temerloh, Pahang, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, beliau meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk kampung dan mengatakan kawasan itu mempunyai banyak sejarah dan nostalgia.

“Banyak sejarah dan nostalgia saya bersama Kampung Paya Mengkuang Ladang.

“Hari ini kampung ini telah pun menjadi sebuah perkampungan yang selesa diduduki dan sejahtera dengan kemudahan jalan yang baik dan sebagainya.

“Walaupun hujan lebat, kehadiran amat ramai demi pengukuhan kekeluargaan antara kami yang utuh sejak dulu lagi,” kongsinya.

Dalam tinjauan yang lain, beliau juga turut mengadakan sesi soal jawab terbuka mengenai kebajikan penduduk dan infrastruktur RTP Kampung Awah bersama-sama penduduk kampung itu.

“Terima kasih warga RTP Kampung Awah kerana sudi bersama-sama dalam program santai ini,” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas