Berita

PM isytihar 18, 19 Nov cuti umum

- Diterbit 14 November 2022 11:02 AM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tarikh 18 dan 19 November ini sebagai cuti umum bagi memudahkan rakyat untuk pulang mengundi.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan semua rakyat Malaysia keluar mengundi seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan menetapkan hari Jumaat dan Sabtu 18 dan 19 Nov sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan keluarga Malaysia mengundi.

“Ia juga dibuat agar semua pihak bagi memastikan semua pihak termasuk swasta dapat memberikan cuti untuk menunaikan tanggungjawab,” katanya ketika berucap dalam majlis pecah tanah Wisma Cuepacs, Putrajaya hari ini.

Hadir sama Ketua Setiasaha Negara (KSN) Tan Sri Mohamad Zuki Ali dan Presiden Ceupacs, Datuk Adnan Mat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas