Berita

Pesakit kanser terima kerusi roda sumbangan MPP Parlimen Batu

AZHAR Yahya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga penduduk dalam kategori B40 yang memerlukan bantuan. AZHAR Yahya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga
- Diterbit 25 Julai 2021 5:00 AM MYT

KOMITMEN Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Parlimen Batu menjaga kebajikan penduduk setempat telah pun terbukti malah bantuan terkini kerusi roda kepada pesakit kanser yang memerlukan amat dihargai.

Menurut Penyelaras Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya, sumbangan diberi kepada Faridah Zakaria pengidap kanser tahap 4, akan membantu dirinya bergerak seterusnya dapat meringankan beban yang ditanggung olehnya selama ini.

FARIDAH, penghidap kanser tahap 4, menerima bantuan kerusi roda selain
lampin pakai buang untuk kegunaan anak-anaknya yang masih kecil yang
disampaikan oleh MPPWP Subzon 2, Parlimen Batu, baru-baru ini.

Katanya, selain sumbangan kerusi roda, bantuan lain turut diberikan kepada warga memerlukan di Taman Dato’ Senu disampaikan oleh Pengerusi MPPWP Sub Zon 2, Abu Bakar Abdul Rahman itu adalah sebahagian usaha murni bagi membantu warga yang berdepan kesusahan.

“Sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Taman Dato’ Senu ini termasuklah Faridah, selari dengan konsep Wilayah Prihatin yang merupakan asas penting menyantuni rakyat golongan sasar.

“Bantuan kepada Faridah adalah wajar kerana dia amat memerlukan tambahan pula anak lelakinya seorang pemandu kini tidak dapat meneruskan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 ini,” katanya juga Penasihat Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Selain kerusi roda Faridah yang mempunyai tujuh anak masih kecil turut diberi lampin pakai buang untuk kegunaan seterusnya menjimatkan sedikit belanja isi rumah.

Menurut Azhar, MPPWP Zon dan Sub Zon Batu, sentiasa komited membantu penduduk setempat memerlukan selain turut mengalu-alukan sesiapa sahaja berkemampuan memberikan sumbangan supaya lebih ramai golongan memerlukan dapat dibantu.

Sementara itu, keluarga Faridah diwakili menantu beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan dan Kementerian Wilayah Persekutuan atas inisiatif sumbangan diberikan. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas