Berita

‘Sumandak Sabah’ persembahan Bella Astillah di China dapat pujian rakan artis, netizen

- Diterbit 2 Mei 2024 9:57 AM MYT

RAMAI yang menyatakan rasa bangga apabila penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 30, melakukan persembahan di acara Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China, pada 30 April, baru-baru ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang terpilih mewakili  Malaysia dalam festival tersebut, mendendangkan lagu Mandarin, Zheng Fu dan lagu rakyat Sumandak Sabah dengan baik dan mendapat tepukan gemuruh penonton.

“Alhamdulillah selesai tugas di China. Sedikit klip untuk semua kesayangan di Malaysia! Saya bangga menjadi orang Sabah dan Malaysia,” katanya.

Menerjah ruangan komen, ramai netizen termasuk rakan-rakan artis yang memuji persembahan Bella.

Malah rakan-rakan  artis juga turut berasa bangga dengan pencapaian Bella setelah pelbagai ujian dilaluinya selama ini.

“Fly high Sayang. I’m so proud of you. Rasa nak nangis anak mak fly high. Tinggalkan yang negatif kat sini. You can do this sayangku,” luah Puteri Sarah Liyana.

“Fly high adik Bella. Proud Malaysian,”kata Azza.

“Fly high sumandak talawa,” ujar  Marsha Milan.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tahniah adik kakak. Terus berjuang. Haaqul Yakin. Rezeki milik Allah,” tulis Liza Abdullah.

“Go Bella. We love you,” tulis Linda Rafar.

Antara artis lain yang turut memberi komen menyatakan rasa bangga terhadap Bella adalah Fazura, Datin Paduka Umie Aida, Zarina Zainuddon, Erin Malek, Dayana Roza, Diana Rafar, Nora Danish dan ramai lagi. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas