Berita

NORYN AZIZ Kini Isteri SHAIK RIZAL

|SEMOGA kekal hingga ke akhir hayat|
- Diterbit 14 Oktober 2020 4:28 AM MYT

SAMA cocok, sama Padan. Alhamdulillah, penyanyi yang juga juara Gegar Vaganza musim kelima, Noryn Aziz selamat diijabkabul dengan usahawan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara, malam tadi.

SEMOGA kekal hingga ke akhir hayat

Difahamkan pasangan ini membuat keputusan bernikah lebih awal yang sepatutnya berlangsung pada 25 Oktober ini. 

Keputusan itu dibuat berikutan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Manakala majlis resepsi yang asalnya  dirancang pada 1 November akan ditunda pada tarikh lain setelah selesai PKPB. 

Sebelum ini Noryn dan Shaik pernah berkahwin sebelum mereka dipertemukan.

Wilayahku doakan perkahwinan Noryn dan Shaik ini diberikan keberkatan dan bahagia hingga ke syurga. – WILAYAHKU

Foto: instagram @fedtriyahya & @sheila_mohamad

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas