Berita

China, Cuba, Rusia dipilih anggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB

- Diterbit 14 Oktober 2020 4:29 AM MYT

PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengundi untuk memilih anggota baharu Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) termasuk dari China, Cuba dan Rusia.

Agensi Anadolu melaporkan ketiga-tiga negara itu berjaya menjadi anggota HRC selepas mengharungi pemilihan yang mencabar.

Dilaporkan Cuba dan Rusia tidak menghadapi banyak saingan berbanding China.

China, dicabar sengit oleh negara rantau Asia Pasifik, enam negara bersaing untuk lima tempat. China memperoleh tempat terakhir apabila Arab Saudi gagal melepasi jumlah undian yang diperlukan.

Keputusan akhir menunjukkan Pakistan memperoleh 169 undi, Uzbekistan (169), Nepal (150) dan China (139) manakala Arab Saudi sekadar mendapat 90 undi.

Semua negara anggota Perrubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) layak menganggotai HRC untuk tempoh tiga tahun. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas