Berita

NABILA RAZALI Rasa Bertuah Kerana MK K-CLIQUE

|NABILA Razali mengaku ramai yang berulang kali menonton video muzik Peluang Kedua disebabkan kemunculan MK|ANTARA babak menarik dalam video muzik Peluang Kedua.
- Diterbit 21 Ogos 2020 8:49 AM MYT

PENYANYI Nabila Razali meluahkan rasa syukurnya apabila video muzik rasmi Peluang Kedua berjaya mencecah lebih 2.4 juta tontonan di YouTube dalam tempoh dua hari. 

Nabila atau lebih mesra disapa Bella mengaku sambutan hebat terhadap video muzik ini juga disebabkan penampilan istimewa penyanyi rap MK K-Clique yang menjadi kegilaan ramai terutama wanita. 

NABILA Razali mengaku ramai yang berulang kali menonton video muzik Peluang Kedua disebabkan kemunculan MK

“Setiap kali muncul dengan video muzik, saya pasti mahu tampil dengan kelainan. 

“Untuk kali ini, pihak saya ada tambahkan bahagian rap daripada MK yang turut menjadi hero dalam video muzik berkenaan. 

“Saya tahu, kemunculan MK adalah salah satu sebab mengapa peminat menonton video itu berulang kali. 

“Sejujurnya, saya bersyukur dan terharu kerana masih ramai memberikan sokongan terhadap saya setiap kali muncul dengan sesuatu yang baharu.

“Selain team syarikat rakaman dan peminat, sudah tentu sokongan pihak media dari dulu sampai sekarang banyak membantu saya untuk sampai ke tahap ini,” luah Nabila kepada Wilayahku.

ANTARA babak menarik dalam video muzik Peluang Kedua.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Razali,27, juga meluahkan rasa terima kasih kepada pasukan produksi Ghzmsn Studio dan pengarah Lily Samsuddin.

“Tanpa mereka, sudah tentu agak sukar untuk mendapatkan hasil atau kualiti video yang terbaik. 

 “Bayangkan banyak dugaan yang dilalui ketika proses penggambaran terutamanya bermain dengan cuaca yang ketika itu musim hujan dan sejuk di Cameron Highlands,” jelasnya yang menganggap lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF ini sebagai pemangkin untuk dirinya terus melakukan yang terbaik. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas