Berita

184 peserta ‘berkampung’ tiga hari di Kepulauan Spratley

FADZILLAH (kiri) melepaskan 184 pemancing laut dalam Kepulauan Spratley
- Diterbit 26 April 2024 10:40 AM MYT

SERAMAI 184 peserta yang menyertai acara memancing laut dalam akan ‘berkampung’ di Kepulauan Spratley selama tiga hari sebelum kembali semula ke Labuan pada Sabtu ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud berkata bagi tujuan itu, sebanyak 16 buah kapal disediakan untuk peserta bersempena dengan Labuan International Sea Challenge (LISC) 2024.

“Kita akan teruja dengan hasil-hasil tangkapan mereka yang saiznya bukan calang-calang dan kebanyakannya memang bersaiz besar, malah jenis-jenis ikan yang di dapati juga jarang kita lihat di perairan yang cetek

“Kemuncak pertandingan itu adalah acara lelongan hasil tangkapan ikan laut dalam yang akan diadakan pada Ahad ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelepasan Acara Memancing Laut Dalam DAIWA LISC di Jeti Marina pada Selesa.

Fadzillah berkata bagi tahun ini, pihaknya merekodkan pertambahan penyertaan daripada negara luar berbanding tahun lalu yang terdiri daripada negara Hong Kong, Indonesia, Thailand, Singapura dan Kanada.

16 buah kapal tersebut akan bersaing dalam Pertandingan Memancing Laut Dalam DAIWA bagi merebut hadiah bernilai lebih RM180,000 bersempena LISC 2024. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas