Berita

MB Johor dahului penerima darjah dan pingat kebesaran Wilayah Persekutuan

Sumber foto: Izzat Termizie
- Diterbit 8 Februari 2022 9:42 AM MYT

MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mendahului senarai 273 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan ini.

Beliau menerima kurniaan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara pada Selasa.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Wilayah Perseutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Seri Rosida Jaafar.

Selain itu, seramai 15 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua iaitu Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Ketua Audit Negara,Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Rakon; Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Seri Saiful Anuar Lebai Hussen; Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara, Datuk Seri Abdul Razak Musa dan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah(RISDA) Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif yang juga Ahli Parlimen Jempol.

Penerima lain adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah; Pengarah Kanan Jabatan Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Hishamuddin Hashim; Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor Paul John dan Pengerusi Yayasan Warisan Batu, Datuk Seri Yahaya Mat Ghani.

Selain itu, Wira Bukit Kepong, Mendiang Tan Sri J.J. Raj (JR) yang juga Mantan Ahli Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan turut dianugerahkan SMW secara posthomous.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad antara 59 individu yang dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga iaitu Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima lain adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Maziah Che Yusoff; Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Datuk Rubiah Wang yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Anwar Mohd Zain

Selain itu, atlet sukan paralimpik olahraga, Datuk Abdul Latif Romly; bekas atlet terjun kebangsaan, Datuk Leong Mun Yee, bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kuala Lumpur, Datuk Subardron Abd Aziz dan penyanyai terkenal tahun 70-an, Datuk Abdul Hail Amir atau lebih dikenali dengan Hail Amir turut menerima anugerah yang sama.

Dalam pada itu, seramai 48 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Keempat iaitu Johan Mahkota Wilayah (JMW), termasuklah Panglima Briged ke-12 Infantri, Brigidier Jeneral Isa Daud, Pusat Penyelarasan & Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan, Danil-Taridi Ghazali; Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL, L.Ar Zulkefli Endut, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Mohd Nizam Yahya; Pengarah Bahagian Perancangan Pembangunan dan Ekonomi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) TPr Saifuddin Ahmad, Ketua Pegawai Undang – Undang, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Mejar (B) Mohd Fadzil Ab Hamid.

Seramai 53 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Kelima iaitu Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) termasuk dua pegawai kanan YWP, iaitu Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi Korporat dan Pengurusan Maklumat, Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir dan Pengurus Kanan, Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama & Teknologi (P.E.S.A.T), Zahrulail Abdul Rahman manakla seramai 34 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Keenam iaitu Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 53 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Ketujuh iaitu Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas