Berita

Maut tertembak: Mohamad Sabu ucap takziah

MAUT TERTEMBAK
SITUASI semasa gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) yang mengakibatkan Mohd. Zahir maut tertembak.
- Diterbit 4 September 2019 6:44 AM MYT

PUTRAJAYA – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Allahyarham anggota Komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd. Zahir Armaya yang maut semasa melakukan demonstrasi keupayaan sempena gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) pagi tadi.

“Saya berharap keluarga Allaharyam tabah menghadapi suasana pilu dan kami di Kementerian Pertahanan amat bersimpati atas kesedihan ini.

“Saya juga mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan bedah siasat selesai bagi menghormati keluarga Allahyarham,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Allahyarham merupakan anak kepada seniman veteran tanah air, A.R Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada pukul 9.20 pagi tadi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas