Berita

Lagu TULUS, Khas Buat Kekasih Hati AZMI SAAT

|AZMI Saat muncul dengan lagu Tulus ciptaannya sendiri.
- Diterbit 18 November 2020 10:29 AM MYT

PERASAAN cinta yang mendalam terhadap seorang wanita membuatkan penyanyi Azmi Saat merakamkan rasa bahagia itu dalam lagu yang berjudul Tulus.

Lagu Tulus dicipta oleh  Azmi Saat sendiri sekitar 12 tahun dulu ketika sedang menunggu keputusan STPM.

Tulus mengisahkan tentang perasaan Azmi yang mula merasai hadirnya cinta yang tulus dari seseorang buat dirinya. 

AZMI Saat muncul dengan lagu Tulus ciptaannya sendiri.

Menurutnya, lagu Tulus khas untuk teman istimewa beliau yang sudah pun bergelar isteri sekarang sebagai tanda memohon kemaafan dan luahan rasa cintanya.

“Lagu ini saya tujukan khas untuk kekasih saya yang juga merupakan isteri saya kini. Apa yang saya luahkan dalam lagu ini adalah perasaan cinta saya kepadanya.

“Selain itu, lagu ini juga amat istimewa kerana  ini adalah lagu pertama yang saya cipta sendiri. 

“Lebih mengujakan saya lagi apabila lagu ini mendapat sentuhan dari produser terkenal Ezra Kong,” ujar Azmi yang juga berharap pendengar supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain walaupun tidak mendapat balasan sebagaimana  yang diharapkan. 

Tegasnya,  sifat tulus itu bermaksud tidak pernah mengharapkan apa faedah dari setiap yang dilakukan. 

Azmi yang juga artis bawah naungan Valient Music  juga rasa bertuah apabila lagunya Tulus menjadi pilihan syarikat rakaman untuk dirakamkan. 

Lebih menarik apabila Azmi berpeluang bekerjasama dengan Ezra Kong bagi menerbitkan lagu tersebut.

“Ketika saya ditawarkan kontrak rakaman dari Valient Music, saya terus terima kerana mereka memberi peluang kepada saya untuk mengetengahkan karya-karya saya di samping peluang untuk bekerjasama dengan produser terkenal, Ezra Kong,”  luah Azmi lagi.

Tulus diterbitkan oleh Universal Music Malaysia & Valient Music. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox,  iTunes, YouTube dan juga YouTube –  WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas