Berita

Kulit wajah semakin baik… “Biar berubah perlahan-lahan” – Aina Abdul

|AINA Abdul (dua dari kiri) dilantik sebagai wajah kempen produk Truskin.
- Diterbit 4 April 2021 10:00 PM MYT

PENYANYI popular Aina Abdul berasa lega apabila masalah kulit wajahnya semakin pulih dan bertambah baik.

Walaupun terdapat warganet yang masih mempertikaikan kulit wajah Aina, bagi penyanyi lagu Semalam ini perubahan secara perlahan-lahan sudah membuatkan dirinya gembira.

“Saya percaya kepada perubahan secara perlahan-lahan atau langkah demi langkah. Bukan berubah secara drastik.

“Masalah kulit muka saya bukan perkara baharu malah dari sekolah menengah lagi. Jadi saya tidak boleh mengharapkan perubahan dalam masa yang singkat. Kalau cepat sangat kesannya, bimbang masalah lain pula yang akan timbul.

“Saya pun ada tanya doktor yang selalu pantau kulit saya dan dia membenarkan saya menggunakan produk sekarang iaitu dari Truskin.

“Saya berpuas hati dengan perubahan perlahan-lahan ini. Mungkin ia mengambil masa tetapi perubahan itu pasti.

“Apa yang penting perubahan pada kulit muka banyak meningkatkan meyakinkan saya. Bila mekap pun tak lama sangat sebab kulit muka sudah semakin baik,” jelas Aina Abdul ketika ditemui pada sidang media pelantikannya Sebagai wajah kempen produk Truskin, baru-baru ini.

AINA Abdul (dua dari kiri) dilantik sebagai wajah kempen produk Truskin.

Aina atau nama sebenarnya Aina Abdul Ghani,28, berharap perubahan ini terus membuatkan dirinya berasa positif, yakin dan membantu dalam melancarkan lagi perjalanan kerjayanya.

“Saya merupakan salah seorang pengguna rangkaian skincare Truskin. Dari masa ke semasa, saya mengemas kini perubahan kulit saya. Asalnya kulit saya menghadapi masalah minyak berlebihan menyebabkan kulit cepat naik jerawat yang banyak dan tekstur kulit tak sekata.

“Setelah tiga bulan konsisten dengan Truskin, saya nampak perubahan ketara pada kulit wajah saya.

“Alhamdulillah. Sebagai seorang penyanyi, kecantikan dan kesihatan kulit amat saya utamakan. Tambah pula boleh dikatakan hari-hari saya mekap.

“Bukan itu sahaja, perubahan kulit wajah ini sedikit sebanyak memudahkan kerja jurumekap untuk menutup kelemahan pada wajah saya,” ujarnya lagi.

Manakala Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari ada sebab tersendiri untuk memilih Aina sebagai wajah kempen mereka.

“Nama Aina semakin mengharum dalam industri hiburan. Selain itu, Aina yang mempunyai sikap rendah diri menyambut baik pelawaan kami untuk berkolaborasi serta telah mencuba dan serasi dengan produk Truskin,” kata Adibah.

Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Suhaila Lah pula percaya dengan pemilihan rangkaian penjagaan kulit yang tepat dapat membantu seseorang untuk tampil lebih yakin.

“Bersesuaian dengan tagline Truskin, ‘your luxurios skin secrets’, kecantikan paras rupa memang tak dapat kita ubah tetapi tahap kesihatan kulit boleh diperbaiki dengan pilihan produk daripada rangkaian penjagaan kulit yang tepat,” kata Julia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas