Berita

TFP tawar diskaun 10 peratus kepada petugas kesihatan mula 26 Mac

- Diterbit 5 April 2021 3:07 AM MYT

THE Food Purveyor (TFP) sekali lagi menawarkan potongan 10 peratus bagi pembelian barangan runcit kepada petugas kesihatan bermula 26 Mac.

Potongan tersebut diberikan pada setiap hari Ahad sebagai penghargaan kepada petugas kesihatan yang bertungkus-lumus menangani COVID-19 serta melaksanakan program rawatan vaksinasi untuk negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Geoff King berkata, potongan harga yang ditawarkan setiap hari Ahad sejak 18 Januari lalu telah memanfaatkan lebih 1,500 pelanggan.

“Sebelum ini, TFP juga pernah menawarkan potongan harga semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat pertama iaitu antara 5 April 2020 hingga 24 Mei 2020.

“Oleh itu, TFP berharap lebih ramai petugas kesihatan akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” katanya dalam
satu kenyataan.

Menurutnya, petugas kesihatan layak menerima potongan harga untuk pembelian yang dibuat di semua pasaraya Village Grocer, Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), BSC Fine Foods dan Pasaraya OTK selepas mereka menunjukkan dokumen identifikasi pekerjaan di kaunter pembayaran.

Ini adalah salah satu daripada inisiatif yang dilaksanakan The Food Purveyor untuk menyokong masyarakat sepanjang
tempoh yang mencabar.

Sejak Mac 2020, The Food Purveyor telah menyumbang lebih dari RM200,000 barang makanan selain wang dan menjangkau lebih dari 1,000 individu daripada komuniti rentan serta amal yang terjejas akibat wabak ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas