Berita

Uqasha sudah dirisik Kamal

- Diterbit 4 April 2021 1:22 PM MYT

PELAKON popular Uqasha Senrose sudah pun dirisik oleh kekasihnya, Kamal Adli petang tadi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Adik Uqasha, iaitu Raysha Rizrose mengaku sebak dan berharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

“Majlis merisik saja yang berlangsung membabitkan keluarga kami (Uqasha) dan Kamal. Kamal pun turut serta.

“Tarikh tunang, pernikahan dan resepsi belum diputuskan lagi. Semua masih dalam perbincangan.

“Doakan segala yang dirancang dipermudahkan,” kata Raysha

Selain Raysha yang berkongsi gambarnya bersama Uqasha di IG (Instagram) Story, salah seorang adik pelakon itu ialah Nelydia Senrose turut melakukan perkara sama

Semakan dilakukan saat ini, belum kelihatan gambar berdua antara pasangan tunang.

Sebelum ini, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, mengesahkan bakal diijabkabulkan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka.

Uqasha berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan sudah hampir 80 peratus siap.

Majlis pertama khas untuk keluarga, teman rapat dan media, manakala majlis kedua pula untuk rakan artis. Majlis ketiga pula diadakan untuk meraikan peminat yang banyak menyokong mereka.

Hubungan cinta Kamal dan Uqasha mula berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019.

Kemudiannya, mereka sekali lagi berpasangan menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober, tahun lalu.

Semoga segala persiapan berjalan lancar dan dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas