Selebriti

Kongsi rezeki bukan sebab nama, kena perbetulkan niat – Amaris

Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall
- Diterbit 21 November 2021 9:11 AM MYT

PELAKON dan usahawan Putra Amaris sentiasa mengingatkan dirinya agar sentiasa ikhlas dalam kerja-kerja amal yang dilakukan sejak dua tahun lalu.

Bagi Amaris, niat itu penting kerana segala yang dilakukan mendapatkan keredhaan Allah.

“Saya yakin dengan izinNya. Bila kita memberi, rezeki akan datang kepada kita lebih lagi. Cuma apa yang dibuat ini bukanlah untuk dapat nama. Kena sentiasa perbetulkan niat,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesranya bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall, baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Amaris turut dilantik sebagai duta produk Safelyte.

AMARIS dalam sesi ramah mesranya bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall, baru-baru ini.

Menurut Amaris yang mengusahakan Amaris Satay Goreng dan Amaris My Tart bersama isteri, keloggaran yang diberikan kerajaan mempermudahkan lagu usaha murninya itu.

AMARIS bersama isterinya Nur Syazwani Alias

“Bila kelonggaran sudah diberikan dan kes (COVID-19) mulai menunjukkan penurunan, rasanya ini masa terbaik untuk bawa mereka keluar makan-makan.

“Pada masa sama minta doa mereka mudah-mudahan rezeki yang ada ini kita dapat kongsi dengan ramai lagi mereka di luar sana, insyaAllah.

“Hati terdetik untuk gerakkan misi ini apabila negara kita awal-awal terpalit dengan pandemik tak lama dulu.

“Waktu itu kita sebagai selebriti kerap dipanggil untuk buat riviu makan dan sebagainya. Jadi bila nak jamah makanan tu, ia buat saya terfikir, ‘orang lain dah makan ke belum?’.

“Terutamanya anak-anak yatim dan golongan lain yang memerlukan. Aku dapat nikmat tapi mereka bagaimana? Atas izin Allah SWT, saya ikhtiar untuk jalankan program sedemikian.

“Ada organisasi dan rakan artis turut sama murah hati membantu dan turut serta. Misalnya Ramadan lalu kita ada buat kempen Infaq Sama-Sama Kenyang. Sambutannya cukup baik. Moga dipermudahkan untuk perancangan akan datang, insyaAllah,” katanya.

AMARIS dilantik sebagai duta produk Safelyte.

Amaris yang kini menjadi duta jenama ‘disinfectant’ pelbagai guna, Safelyte juga percaya rezeki yang diterima sebaiknya dikongsi bersama.

Safelyte produk antiseptik berkuasa yang mampu membasmi kuman, tanpa alkohol, sekali gus dapat melindungi diri daripada bahaya bakteria.

PELAKON otai Liza Abdullah dan Balkisy turut hadir memeriahkan acara

Dikenali sebagai air elektrolisis beroksida atau larutan air berion, ia juga mesra alam, tidak bertoksik selain selamat digunakan oleh kanak-kanak mahupun haiwan peliharaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas