Selebriti

Puteri Aishah kini isteri ahli perniagaan

|PUTERI Aishah juga meluahkan rasa syukur apabila ciri-ciri lelaki impiannya ada pada Firdaus.
- Diterbit 21 November 2021 4:35 AM MYT

DENGAN sekali lafaz, pelakon filem Pulang, Puteri Aishah,27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Firdaus,28.

Dalam majlis tertutup itu, kedua-dua mempelai ini dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman, yang berlangsung di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur jam 11:15 pagi tadi.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman menerima mas kahwin RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas 7 dulang.

Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik COVID-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

“Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artis yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),”kata Puteri Aishah.

Puteri Aishah juga meluahkan rasa syukur apabila ciri-ciri lelaki impiannya ada pada Firdaus.

“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.

“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,”katanya.

PUTERI Aishah juga meluahkan rasa syukur apabila ciri-ciri lelaki impiannya ada pada Firdaus.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih.

Baju pernikahan yang digayakan mereka adalah rekaan @RizmanRuzaini .

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini. – WILAYAHKU

Foto: CST Production

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas